Latest Post

Apa itu forex?



FOREX adalah singkatan bagi FOReign Exchange @ FX, atau tukaran matawang asing. Matawang bagi setiap negara adalah berlainan, jadi di sinilah timbulnya keperluan untuk sebuah pasaran jualbeli matawang asing. Forex adalah pasaran kewangan TERBESAR di dunia, iaitu dengan nilai transaksi kira-kira USD 3 TRILLION SEHARI!! (USD 3,000,000,000,000 atau kira-kira RM 9,000,000,000,000). Contoh mudah forex ialah apabila anda melancong ke luar negara, contohnya USA. Anda perlu menukarkan Ringgit Malaysia (RM) kepada US Dollar (USD) kerana pekedai di sana tidak menerima bayaran dalam RM. Katakan USD 1.00 = RM 3.00, dan anda ingin menukar RM 3,000, maka anda akan menerima USD 1,000 (RM 3,000 ÷ RM 3.00). Apa yang berlaku ialah, anda menJUAL RM untuk memBELI USD. Pasaran Forex dibuka 24 jam sehari, 5 hari seminggu (Isnin - Jumaat). Setiap negara mempunyai waktu pasaran yang berbeza-beza. Pasaran Utama forex bermula di AUSTRALIA / NEW ZEALAND, diikuti oleh JEPUN, kemudian EURO / UK, dan akhir sekali US. Selepas market US ditutup, market Australia / New Zealand akan bermula semula. Begitulah kitaran market forex setiap hari selama 5 hari seminggu. Hari Sabtu dan Ahad adalah MARKET CLOSE bagi semua pasaran, dan PUBLIC HOLIDAY bagi sesebuah negara TIDAK akan mengakibatkan pasaran forex ditutup. Cuma, volume atau jumlah dagangan adalah lebih kecil berbanding hari biasa.

Seterusnya >> Asal usul online forex trading...

 

Asal usul online forex trading



Secara ringkasnya, sebelum tahun 1990-an, pasaran forex hanya dibuka untuk individu kaya, money changer, bank, dan institusi pelaburan sahaja. Ketika era pertengahan 90-an, barulah pasaran forex mula dibuka kepada orang ramai. Modal permulaan yang dahulunya jutaan dollar, kini menjadi serendah $1.00!! Dengan perkembangan teknologi serta internet, kini forex trading boleh dilakukan secara ONLINE sahaja, berbanding melalui kaunter dan telefon sebelum ini.
Oleh kerana forex semakin mendapat tempat di hati para pelabur, ONLINE FOREX BROKER muncul umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Persaingan sihat antara broker telah banyak menguntungkan trader kerana:
             -   Modal permulaan yang diperlukan menjadi semakin rendah;
              -  Spread menjadi lebih kecil;
             -   Kualiti perkhidmatan pelanggan yang bertambah baik,
              -  Proses membuka akaun, deposit dan withdraw menjadi lebih cepat serta banyak lagi 

Seterusnya>> Kelebihan Forex berbanding pasaran lain...



 

Istilah-istilah urusniaga forex


Topik ini akan menerangkan istilah-istilah asas dalam urusniaga forex yang perlu anda fahami untuk memudahkan proses pembelajaran anda ke topik seterusnya.

Pips
Pips bermaksud nilai perpuluhan terkecil untuk sepasang matawang. 1 pips adalah bersamaan 0.0001. Bagi pairs yang mempunyai jpy sebagai quote, 1 pip = 0.01.
Contoh: jika harga usd/chf turun dari 1.0500 kepada 1.0400, ini bermakna usd/chf telah turun sebanyak 100 pips. (1.0500 – 1.0400 = 0.0100 @ 100 pips)

Buy @ long dan sell @ short
Pasaran forex bergerak ke atas dan bawah. Anda boleh mengaut untung ketika harga naik (bullish) mahupun turun (bearish). Anda perlu:
 -Buy @ long apabila anda menjangka price akan naik; atau
- Sell @ short apabila anda menjangka price akan turun

Jika position anda tepat, anda akan meraih untung @ profit. Anda perlu close position anda, barulah keuntungan tersebut menjadi milik anda.
Suka saya tekankan di sini, apabila anda buy, jangan tekan butang sell untuk close position. Sama juga dengan sell. Jangan buy pula untuk close position. Tidak kira anda buy @ sell, akan terdapat satu butang close position. Kliklah pada butang tersebut dan profit (atau loss) akan menjadi milik anda.

Ask price (buy / long) dan bid price (sell / short)
Apabila anda buy @ long, anda akan buy pada harga ask, manakala apabila anda short @ sell, anda akan short pada harga bid.

Contoh: ask price gbp/usd = 1.4985, manakala bid = 1.4980. Apabila anda buy, anda akan buy pada 1.4985. Sebaik sahaja position anda dibuka, anda akan dapati harga semasa post anda ialah 1.4980 (harga bid) dan anda berada dalam keadaan rugi sebanyak 5 pips. Kenapakah jadi begitu?

Spread
Ini adalah disebabkan oleh spread, iaitu perbezaan di antara harga bid dan ask. Merujuk kepada contoh di atas, spread bagi gbp/usd ialah 1.4985 – 1.4980 = 5 pips. Jika anda sell pula, anda akan sell pada harga bid (1.4980), tetapi profit dikira berpandukan harga ask (1.4985).

Profit, loss dan breakeven (untung, rugi dan pulang modal)
Untuk buy, anda akan mendapat untung jika price naik, tetapi anda akan rugi jika price turun.
Contoh: anda buy usd/chf di 1.0550, dan 1 jam selepas itu harga naik ke 1.0600, ini bermakna position anda telah untung 50 pips (1.0600 – 1.0550 = 0.0050).
Untuk sell pula, anda akan mendapat untung jika price turun, tetapi anda akan rugi jika price naik.
Contoh: anda sell aud/usd di 0.9200, dan harga turun selepas 2 jam kepada 0.9100. Ini beerti, anda sudah profit 100 pips (0.9200 – 0.9100 = 0.0100). Sebaliknya, jika price terus meningkat ke 0.9300, bermakna anda akan rugi sebanyak 100 pips.
Jika harga open position = harga close position, ia dinamakan breakeven (be) @ pulang modal.
Contoh: anda buy usd/chf pada harga 1.0350. Harga naik ke atas dan turun semula ke paras 1.0350. Anda close position di sini. Jadi, open = close = 1.0350. Inilah yang dinamakan be, iaitu tidak profit mahupun loss.


Stop loss (sl)
Stop loss (sl) ialah paras harga rugi maksimum yang anda sanggup tanggung, jika price bergerak ke arah yang bertentangan dengan position anda. Ia sangat-sangat penting untuk meminimumkan kerugian anda.
Contoh: anda buy nzd/usd di 0.7000, dan menjangka price tidak akan bergerak ke bawah lebih daripada 50 pips. Jadi, anda set sl pada harga 0.6950 (0.7000 – 0.0050). Malangnya, ketika anda sedang tidur, price bergerak ke bawah sehingga 200 pips ke paras 0.6800. Anda hanya kerugian 50 pips sahaja, kerana broker akan menutup position anda secara automatik pada harga 0.6950. Jika anda tidak meletakkan sl, anda akan menanggung kerugian sebanyak 200 pips!!

Target profit (tp)
Target profit (tp) pula adalah paras harga di mana anda mahu broker close position anda setelah target keuntungan dicapai. Ia juga sangat-sangat penting untuk memaksimumkan keuntungan anda.
Contoh: anda sell usd/cad @ 0.9950, dan anda menjangka price akan turun sebanyak 100 pips ke 0.9850 (0.9950 – 0.9850). Maka, anda pun set tp di 0.9850. Memang benar, price bergerak mengikut jangkaan anda, dan sampai ke paras 0.9850. Position anda akan ditutup secara automatik pada harga ini, dan anda telahpun berjaya mendapat profit sebanyak 100 pips!!


Stop order dan limit order (a.k.a pending orders - po)
Position anda boleh dibuka melalui 2 cara iaitu:
1) secara terus daripada market pada harga semasa (manual entry / market order). Hanya klik buy @ sell dan position anda akan terus dibuka; atau
2) tempah harga untuk buy / sell pada harga pilihan anda (pending orders @ po). Position anda akan dibuka apabila price mencecah po anda.

Terdapat 2 jenis pending orders, iaitu stop order [so] dan limit orders [lo]:
Stop order [so] ialah tempahan harga di atas harga semasa (jika ingin buy – buy stop) atau di bawah harga semasa (jika ingin sell – sell stop).

Contoh: katakan harga semasa eur/jpy ialah 126.30. Anda boleh buy stop pada harga di atas 126.30 atau sell stop di bawah 126.30. Katakan anda buy stop di 126.40. Apabila harga semasa naik dan sampai ke 126.40, position buy anda akan dibuka secara automatik. Begitu juga sebaliknya jika anda membuat sell stop.
Limit order [lo] pula digunakan apabila anda ingin buy pada harga di bawah harga semasa atau sell di atas harga semasa. Dalam erti kata lain, anda mahu “buy low, sell high”.

Contoh: anda berpendapat harga semasa gbp/usd @ 1.5450 adalah terlalu tinggi. Jadi, anda ingin buy pada harga 50 pips lebih rendah daripada harga semasa. Jadi, anda set kan buy limit pada 1.5400 (1.5450 – 0.0050). Jika price terus turun dan mengena limit order anda, position buy akan dibuka secara automatik.
Sesetengah broker mengenakan syarat jarak untuk membuat po mesti berbeza 5 pips daripada harga semasa. Ada juga yang mensyaratkan 10 pips. Ia bergantung kepada broker anda, kerana syarat yang dikenakan oleh setiap broker adalah berlainan. Ini merupakan sesuatu yang normal dan tidak perlu dirisaukan.


 

Kelebihan Forex berbanding pasaran lain



Market yang dibuka 24 jam sehari, 5 hari seminggu
Pasaran saham dibuka 8 jam sehari, tetapi pasaran forex dibuka 24 jam sehari!! Namun begitu, bukan sepanjang masa anda boleh trade. Ada waktu-waktu tertentu sahaja. Ia akan terangkan dengan lebih lanjut di dalam bab-bab akan datang.

Urusan transaksi yang sangat pantas!!
Dengan hanya beberapa klik, anda sudah boleh membeli @ menjual matawang di pasaran online forex. Ianya sangat mudah dan cepat. Malah, disebabkan pergerakan market yang pantas, anda juga berpeluang menjana keuntungan besar dalam masa yang singkat!!

Kos yang sangat minimum
Kos forex trading adalah amat minimum berbanding pasaran-pasaran lain. Di dalam forex trading, anda perlu membayar “spread” kepada broker. Spread ialah perbezaan antara harga bid dan ask. Selain spread, anda juga tertakluk kepada caj-caj lain seperti caj deposit, withdrawal dan rollover fee. Segala-galanya akan diterangkan di dalam bab 8 : panduan broker forex.
                                                                                    Forex adalah pasaran dua hala
Anda boleh menjana keuntungan dari forex apabila harga naik dan turun, berbanding dengan pasaran lain yang hanya boleh menjana keuntungan apabila harga naik atau bullish sahaja. Jadi, kita akan ada banyak peluang untuk buat duit!!

Forex menawarkan leverage
Forex membolehkan anda menggunakan leverage / pengganda. Dengan leverage, anda tidak memerlukan modal yang besar untuk melabur dalam forex. Contohnya, jika anda ingin buy $10,000 gbp/usd, anda tidak memerlukan modal sebanyak $10,000. Sebaliknya, anda hanya perlukan $100 sahaja! (andaikan leverage 100:1). Baki selebihnya akan dipinjamkan oleh broker. Makna leverage 100:1 ialah, anda hanya perlu sediakan 1/100 @ 1% daripada jumlah ingin dilabur. Manakala 99/100 @ 99% lagi akan dipinjamkan oleh broker.

Risiko yang terhad
Dalam forex, anda hanya boleh rugi setakat mana yang anda laburkan. Ia tidak seperti saham, di mana anda boleh melabur melebihi kemampuan anda, dan jika anda mengalami kerugian, anda masih perlu membayar kerugian itu.

Boleh dilakukan di mana-mana sahaja
Forex boleh dilakukan di rumah atau di mana-mana sahaja mengikut keselesaan anda, selagi ada komputer dan sambungan internet.


Seterusnya>> matawang-matawang utama...

 

Matawang-matawang utama


Forex didagangkan dalam pair. Contohnya, gbp/usd = 1.5000. Gbp (kiri) = base, manakala usd (kanan) = quote. Ia bermaksud anda perlu jual usd 1.50 untuk beli gbp 1.00. Terdapat 8 matawang utama dalam forex iaitu:


Anda tidak perlu mengkaji matawang-matawang lain seperti zar, czk, mxn, dkk dan lain-lain. Fokuskan kepada 8 matawang di atas sahaja. Pairs yang biasanya didagangkan ialah gbp/usd, eur/usd, usd/chf, aud/usd, nzd/usd, dan usd/jpy. Terdapat 3 kategori pairs iaitu:

Major pairs
Major pairs adalah pair popular yang selalu didagangkan, dan mempunyai usd sebagai base @ quote. Contohnya gbp/usd, eur/usd, usd/jpy dan usd/chf.

Minor pairs
Minor pairs juga mengandungi usd sebagai base @ quote, tetapi pairs ini tidak begitu popular di kalangan trader. Contohnya seperti usd/zar (south african rand), usd/czk (czech koruna), usd/mxn (mexican peso), dan usd/dkk (danish krone).
Cross pairs
Cross pairs tidak menggunakan usd sebagai base @ quote. Contoh cross pairs yang popular ialah gbp/jpy, gbp/chf,dan eur/jpy. Spread bagi cross pair adalah lebih tinggi dan pergerakannya juga sukar untuk dijangka.


Seterusnya>> Beza money changer,bank dan online forex...


 

FX AccuCharts alternative bagi mt4

FX AccuCharts adalah  carta canggih yang direka untuk memberikan trader salah satu pengalaman yang terbaik  dalam menganalisis perdagangan matawang asing.

Untuk mendapatkan software ini caranya mudah sahaja, sila ikut step berikut:

STEP 1
Daftar akaun demo terlebih dahulu pada laman web ini click here

STEP 2
Download dan install fxacchucharts

STEP 3
Gunakan akaun demo pada STEP 1 tadi untuk login


Maklumat lanjut tentang  pengunaan software dan tutorial cara pengunaan boleh didapati di laman web rasmi
 

Beza money changer,bank dan online forex


Money changer dan bank juga menawarkan khidmat tukaran wang asing. Jadi, apakah perbezaannya dengan online forex? Bolehkah kita trade forex (untuk menjana pendapatan) menggunakan khidmat mereka?
Jawapannya, BOLEH. Namun begitu, untuk menjana pendapatan adalah SANGAT-SANGAT SUKAR kerana SPREAD yang dikenakan amat-amat melampau (500 – 1000+ pips!) Dan LEVERAGE tidak ditawarkan.
Money changer menyediakan WANG FIZIKAL melalui forex, di mana anda perlu menggunakannya di negara yang anda lawati. Bank pula menggunakan forex untuk kiriman wang ke luar Negara (TELEGRAPHIC TRANSFER). Online forex pula merupakan sebuah platform yang disediakan khas untuk MENJANA PENDAPATAN. Online forex menawarkan SPREAD YANG RENDAH dan LEVERAGE juga disediakan. Anda juga boleh trade pada bila-bila masa dan di mana jua yang anda mahu.
Kesimpulannya, money changer menyediakan wang fizikal, bank menyediakan perkhidmatan Telegraphic Transfer, manakala online forex menyediakan platform untuk menjana pendapatan. Jadi, yang mana satukah anda akan pilih untuk menjana pendapatan? YES!! Bijak. ONLINE FOREX adalah jawapan yang tepat.

Kenapa saya perlu memilih forex berbanding bisnes yang lain?
-Tidak perlu bersusah payah jual barang atau cari downline dan pelanggan
-Tidak perlu menurut arahan bos atau menguruskan pekerja
-Sangat mudah, tidak memenatkan & menjimatkan masa. Hanya klik-klik sahaja
-Boleh dilakukan di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa, 24 jam 5 hari seminggu selagi       ada komputer dan sambungan internet.



 
 
Copyright © 2011. Aramaiti Forex - All Rights Reserved