Topik ini akan menerangkan istilah-istilah asas dalam urusniaga forex yang perlu anda fahami untuk memudahkan proses pembelajaran anda ke topik seterusnya.

Pips
Pips bermaksud nilai perpuluhan terkecil untuk sepasang matawang. 1 pips adalah bersamaan 0.0001. Bagi pairs yang mempunyai jpy sebagai quote, 1 pip = 0.01.
Contoh: jika harga usd/chf turun dari 1.0500 kepada 1.0400, ini bermakna usd/chf telah turun sebanyak 100 pips. (1.0500 – 1.0400 = 0.0100 @ 100 pips)

Buy @ long dan sell @ short
Pasaran forex bergerak ke atas dan bawah. Anda boleh mengaut untung ketika harga naik (bullish) mahupun turun (bearish). Anda perlu:
 -Buy @ long apabila anda menjangka price akan naik; atau
- Sell @ short apabila anda menjangka price akan turun

Jika position anda tepat, anda akan meraih untung @ profit. Anda perlu close position anda, barulah keuntungan tersebut menjadi milik anda.
Suka saya tekankan di sini, apabila anda buy, jangan tekan butang sell untuk close position. Sama juga dengan sell. Jangan buy pula untuk close position. Tidak kira anda buy @ sell, akan terdapat satu butang close position. Kliklah pada butang tersebut dan profit (atau loss) akan menjadi milik anda.

Ask price (buy / long) dan bid price (sell / short)
Apabila anda buy @ long, anda akan buy pada harga ask, manakala apabila anda short @ sell, anda akan short pada harga bid.

Contoh: ask price gbp/usd = 1.4985, manakala bid = 1.4980. Apabila anda buy, anda akan buy pada 1.4985. Sebaik sahaja position anda dibuka, anda akan dapati harga semasa post anda ialah 1.4980 (harga bid) dan anda berada dalam keadaan rugi sebanyak 5 pips. Kenapakah jadi begitu?

Spread
Ini adalah disebabkan oleh spread, iaitu perbezaan di antara harga bid dan ask. Merujuk kepada contoh di atas, spread bagi gbp/usd ialah 1.4985 – 1.4980 = 5 pips. Jika anda sell pula, anda akan sell pada harga bid (1.4980), tetapi profit dikira berpandukan harga ask (1.4985).

Profit, loss dan breakeven (untung, rugi dan pulang modal)
Untuk buy, anda akan mendapat untung jika price naik, tetapi anda akan rugi jika price turun.
Contoh: anda buy usd/chf di 1.0550, dan 1 jam selepas itu harga naik ke 1.0600, ini bermakna position anda telah untung 50 pips (1.0600 – 1.0550 = 0.0050).
Untuk sell pula, anda akan mendapat untung jika price turun, tetapi anda akan rugi jika price naik.
Contoh: anda sell aud/usd di 0.9200, dan harga turun selepas 2 jam kepada 0.9100. Ini beerti, anda sudah profit 100 pips (0.9200 – 0.9100 = 0.0100). Sebaliknya, jika price terus meningkat ke 0.9300, bermakna anda akan rugi sebanyak 100 pips.
Jika harga open position = harga close position, ia dinamakan breakeven (be) @ pulang modal.
Contoh: anda buy usd/chf pada harga 1.0350. Harga naik ke atas dan turun semula ke paras 1.0350. Anda close position di sini. Jadi, open = close = 1.0350. Inilah yang dinamakan be, iaitu tidak profit mahupun loss.


Stop loss (sl)
Stop loss (sl) ialah paras harga rugi maksimum yang anda sanggup tanggung, jika price bergerak ke arah yang bertentangan dengan position anda. Ia sangat-sangat penting untuk meminimumkan kerugian anda.
Contoh: anda buy nzd/usd di 0.7000, dan menjangka price tidak akan bergerak ke bawah lebih daripada 50 pips. Jadi, anda set sl pada harga 0.6950 (0.7000 – 0.0050). Malangnya, ketika anda sedang tidur, price bergerak ke bawah sehingga 200 pips ke paras 0.6800. Anda hanya kerugian 50 pips sahaja, kerana broker akan menutup position anda secara automatik pada harga 0.6950. Jika anda tidak meletakkan sl, anda akan menanggung kerugian sebanyak 200 pips!!

Target profit (tp)
Target profit (tp) pula adalah paras harga di mana anda mahu broker close position anda setelah target keuntungan dicapai. Ia juga sangat-sangat penting untuk memaksimumkan keuntungan anda.
Contoh: anda sell usd/cad @ 0.9950, dan anda menjangka price akan turun sebanyak 100 pips ke 0.9850 (0.9950 – 0.9850). Maka, anda pun set tp di 0.9850. Memang benar, price bergerak mengikut jangkaan anda, dan sampai ke paras 0.9850. Position anda akan ditutup secara automatik pada harga ini, dan anda telahpun berjaya mendapat profit sebanyak 100 pips!!


Stop order dan limit order (a.k.a pending orders - po)
Position anda boleh dibuka melalui 2 cara iaitu:
1) secara terus daripada market pada harga semasa (manual entry / market order). Hanya klik buy @ sell dan position anda akan terus dibuka; atau
2) tempah harga untuk buy / sell pada harga pilihan anda (pending orders @ po). Position anda akan dibuka apabila price mencecah po anda.

Terdapat 2 jenis pending orders, iaitu stop order [so] dan limit orders [lo]:
Stop order [so] ialah tempahan harga di atas harga semasa (jika ingin buy – buy stop) atau di bawah harga semasa (jika ingin sell – sell stop).

Contoh: katakan harga semasa eur/jpy ialah 126.30. Anda boleh buy stop pada harga di atas 126.30 atau sell stop di bawah 126.30. Katakan anda buy stop di 126.40. Apabila harga semasa naik dan sampai ke 126.40, position buy anda akan dibuka secara automatik. Begitu juga sebaliknya jika anda membuat sell stop.
Limit order [lo] pula digunakan apabila anda ingin buy pada harga di bawah harga semasa atau sell di atas harga semasa. Dalam erti kata lain, anda mahu “buy low, sell high”.

Contoh: anda berpendapat harga semasa gbp/usd @ 1.5450 adalah terlalu tinggi. Jadi, anda ingin buy pada harga 50 pips lebih rendah daripada harga semasa. Jadi, anda set kan buy limit pada 1.5400 (1.5450 – 0.0050). Jika price terus turun dan mengena limit order anda, position buy akan dibuka secara automatik.
Sesetengah broker mengenakan syarat jarak untuk membuat po mesti berbeza 5 pips daripada harga semasa. Ada juga yang mensyaratkan 10 pips. Ia bergantung kepada broker anda, kerana syarat yang dikenakan oleh setiap broker adalah berlainan. Ini merupakan sesuatu yang normal dan tidak perlu dirisaukan.


Share To:

LaburForex

" Berpengalaman dalam Forex trading, Crypto trading, Stock trading "

Post A Comment:

0 comments so far,add yours